Sunday, September 19, 2010

Sesi Temubual Dengan Para Pelakon

Wahai para peminat!

Pada haribulan 30 September, para pelakon untuk filem tersebut akan berada di pusat membeli-belah 'Pavilion' untuk sebuah sesi temubual dengan para peminat sekalian. Acara tersebut akan bermula pada pukul 10.30 pagi, di pintu utama Pavilion. 

Liyana Jasmay, Ashraf Sinclair, dan Jehan Miskin akan berada untuk menjawab semua sebarang soalan tentang filem tersebut.

Jualan Barang-Barang "SENJA"

Para peminat, kami sedang menjual pelbagai T-shirt dan topi “Senja” sehubungan dengan penayangan filem terbaru ini! T-shirt dan topi yang dijual mengandungi corak yang berlainan. Setiap item berharga RM 20. Sekiranya kalian berminat membeli, sila meninggalkan alamat e-mel, alamat rumah, nombor telefon dan kod item dengan kami. Terima kasih!

Kalian boleh membaya melalui: 

1.    Pos, atau
2.   Akaun pemindahan (City Bank: 878927162)

 
KOD: BIRU
















KOD: MERAH

Wednesday, September 15, 2010

Tuesday, September 14, 2010

Tarikh Tayangan "Senja" Rasmi



Ya! 







Andaian kalian tepat sekali! 



Para pengarah telah mengumumkan bahawa “Senja”, filem adaptasi sensasi terkini (Twilight), akan premier pada 20 Oktober 2010 secara rasmi di setiap pawagam TGV dan GSC. 


Hidupkan enjin imaginasi anda dengan filem aliran parodi ini! Pernahkan anda heran, jikalau cerita pontianak seperti yang ditayangkan dalam filem Twilight berlaku di Malaysia? Apakah situasi-situasi yang akan didedahkan?


Jangan tunggu lagi! Cepatlah tempah tiket-tiket sekalian sebelum tayangan eksklusif ini tamat!